Monday, December 21, 2015

Pantun Budi ,Pantun Memuji

 Assalamualaikum semua

 Untuk kali ini abang non nak kongsikan sedikit pantun pantun budi yang di petik
dari dewan bahasa dan pustaka.




Terbang burung dari selatan
dipuput angin sangga bayu
bukalah surat dari lipatan
lihatlah pantun bahasa melayu.

Yang kurik kundi
yang merah saga
yang baik budi
yang indah bahasa.

Anak haruan lima lima
mati di timpa punggur berdaun
budi tuan kami terima
jadi kenangan bertahun tahun.

Anak itik pandai menari
anak angsa terlompat lompat
rupa cantik dapat dicari
budi bahasa mana nak dapat.

Ada padi ada beras
bertanak nasik periuk tembaga
ada budi adalah balas
orang berbudi kita berbahasa.

Akar keladi melilit selasih
selasih tumbuh di hujung taman
kalungan budi junjungan kasih
mesra kenangan sepanjang zaman.

Anak negeri mencari tuba
tuba di cari di tanjung jari
di dalam hati tidaklah lupa
bagai rambut tersimpul mati.

Asam kandis mari dihiris
manis sekali rasa isinya
dilihat manis dipandang manis
lebih manis hati budinya.

Ayam hutan terbang ke hutan
tali tersangkut pagar berduri
adik bukan saudara pon bukan
hati tersangkut kerana budi.

Satay Sedap Kuantan

Hi semua Assalamualaikum.. Ramai yang bertanyakan dekat mana nak makan sedap dekat kuantan terutamanya penggemar satay / sate / satey kan ...