Sunday, June 28, 2015

Air Terjun Sungai Pandan (Waterfall Sungai Pandan)

 Ramai yang tahu negeri Pahang adalah salah satu negeri yang di katakan kaya dengan kecantikan alam semula jadi, tidak kira lah kehijauan flora dan faunanya benar benar mencuit hati para pengunjung yang hadir.

 Di antara tempat yang wajib di lawati ketika anda berada di pahang terutama nya di Kuantan ialah ke air terjun sungai pandan iaitu hanya 30 minute perjalanan dari bandar kuantan ke air terjun tersebut, waktu operasi bermula jam 8am sehingga jam 5pm.

 Pelbagai kemudahan yang di sediakan,tandas ,bilik persalinan ,surau dan sebahagiannya, turut juga di sini ada menjual makanan berat mahu pon ringan,so apa nak hairan kalau datang dengan tangan kosong ada jer makanan yang di jual di sini.

 Kedudukan nya di antara gugusan Felda Sg Panching yang mana Perkampongan Felda yang terdekat dengan Bandar Kuantan bole di panggil sebagai air terjun  semula jadi di dalam kampong . Disamping itu juga, jika korang nak tahu jarak antara Gambang Water Park juga berdekatan dengan air terjun ini juga lebih kurang 30 minute perjalanan berkereta.

 Banyak jugak aktiviti kat sini korang boleh buat antaranya bersukan di padang,mengadakan family day, berkelah ,berkhemah dan mandi manda.

 Jadi kalau korang nak tahu banyak lagi tentang tempat ni mari lah datang ke sini lihat permandangan alam semula jadi ciptaan tuhan yang tak ternilai harganya .












Okay setakat ini sahaja lah perkongsian dari saya AKA Abang NON....TERIMA KASIH  kerna sudi membaca .... 

No comments:

Post a Comment

Satay Sedap Kuantan

Hi semua Assalamualaikum.. Ramai yang bertanyakan dekat mana nak makan sedap dekat kuantan terutamanya penggemar satay / sate / satey kan ...