Hi bakal pengantin semua! Bagaimana dengan persiapan menuju ke hari perkahwinan? Banyak checklist dah selesai ke belum? Paling penting, anda dan pasangan sudah memilih jurufoto perkahwinan yang diimpikan?
Penting peranan jurufoto atau juruvideo semasa majlis perkahwinan nanti. Penat-penat anda berdua kesana-kemari buat persiapan, pelamin cantik, baju cantik, kasut, hand bouquet, make up dah tip top tapi kalau tiada gambar kenangan mesti tak best! Jom HUBB.STUDIO kongsi 6 TIPS PENTING SEBELUM MEMILIH JURUFOTO PERKAHWINAN.
1. TENTUKAN LIPUTAN MAJLIS YANG ANDA MAHU
Dalam majlis perkahwinan ada tiga majlis utama dan beberapa majlis sampingan sebagai contoh,
Majlis Utama
– Nikah
– Bersanding (perempuan)
– Bertandang (lelaki)
Majlis Sampingan
– Malam Berinai
– Khatam Quran
Penting untuk anda senaraikan majlis yang menjadi keutamaan liputan jurufoto. Sama ada mahu liputan majlis nikah sahaja atau majlis nikah dan sanding atau majlis nikah, sanding dan bertandang.
List ini akan memudahkan jurufoto mencadangkan pakej yang sesuai dengan permintaan bakal pengantin.
2. PILIH BAJET YANG SESUAI
Sekiranya anda dah buat keputusan mahukan fotografi majlis nikah dan sanding sebagai contoh, pencarian dah lebih mudah kat situ. Cuma fokus kepada vendor yang boleh memberikan servis foto untuk majlis nikah dan sanding. Dari segi harga, anda boleh buat survey pada kebanyakan vendor yang ada.
Contoh, setelah pergi ke 4 – 6 wedding exhibiton, PM berpuluh-puluh brand wedding photography, DM kat instagram lagi, email dan segala macam cara mendapatkan quotation/senarai harga bajet ideal adalah RM 1800 – RM 2500. Ok, kriteria jurufoto idaman anda sudah mula spesifik. Liputan majlis dah tahu, harga pun dah tahu.
3. KENALPASTI JURUFOTO YANG BERHAMPIRAN
Untuk bajet RM 1800 – RM 2500, penting untuk bakal pengantin kecilkan lagi skop pencarian jurufoto kepada kawasan sekitar sahaja. Contoh jika majlis anda di Gombak, jurufoto yang telah “shortlisted” adalah dalam kawasan berhampiran. Mungkin jurufoto dari Selangor atau Gombak sendiri? Kenapa?
Jika anda memilih jurufoto di luar kawasan, caj luar kawasan akan dikenakan. caj biasanya meliputi
– Caj perjalanan (minyak & tol)
– Caj penginapan (hotel)
Kami kerap mendapat pertanyaan dari bakal pengantin yang jauh seperti Alor Star, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan harga pakej untuk mereka biasanya lebih RM 350 – RM 600 dari harga asal disebabkan tambahan kos perjanalan dan penginapan.Tapi, jika anda memang minat sangat pada jurufoto/brand tersebut dan sanggup belanja lebih kenapa pula tidak mencuba? Mungkin itu pelaburan yang akhirnya sangat memuaskan hati anda dan pasangan?
Dah nampak serba sedikit gambaran untuk cara pemilihan jurufoto perkahwinan nanti? Teruskan pembacaan tips di Bahagian 2. Jangan lupa layari facebook page @HUBB.STUDIO dan Follow instagram @
hubb.studio dan instagram @Gambarkawen
No comments:
Post a Comment