Thursday, May 15, 2014

SELAMAT HARI GURU

Hii  and assalamualaikum...

semperna hari guru ni aku nak ucapkan SELAMAT HARI guru kepada semua guru yang ada di dunia ini,
pangilan cikgu tak lekang bagi aku,walaupon aku sudah tamat belajar ketika di bangku sekolah,rindu rasanya ingin belajar kembali di sekolah.

Mengimbas kembali kenangan dahulu saat duka mahu pon senang ketika berada di sekolah,SUKAR UNTUK DI LUPAKAN ,agak nya korang ingat lagi tak apa yang kite lakukan ketika di sekolah dahulu,,,hehehehe,,,mesti lah ingat bukan,,,,kadang kadang bila di ingatkan balik boleh ketawa dan terkadang boleh juga menitikan air mata,saat di sekolah aku rindu segalanya,seandainya dapat aku ulangnya kembali,,,ingin aku kembali,tapi apakan daya masa terus berjalan,hari bertukar ganti,,


                               gambar gambar cikgu aku di SMK SERI PANCHING


aku rindukan segalanya saat di bangku persekolahan,rindu akan perhimpunan pada hari isnin,,,hehehee
aku ingat lagi masa perhimpunan,,adalah sorang cikgu aku ni berucap bukan main panjang boleh katakan dari redup matahari sehingga panas,,ha yang membuat kan aku angin masa tu boleh pulak die cakap ha panas pagi ni vitamin c bagus untuk kite ha die xpe la duduk dekat bawah bumbung redup x kena panas ,,,hehehehe ha ayat tu lah aku ingat time perhimpunan,rindu pulak asenya ...

kalau nak sebut pasal belajar dalam kelas ,aku ni dulu bukan lah sejenis yang rajin ,,hehehehe,,,kata orang time cikgu mengajar di depan aku mengajar di belakang,,hehehehee...ha sekarang mula la menyesal xbelajar betoi2,,huhuhu....





    gambar aku sewaktu di sekolah dahulu....


seronok rasanya kalau di pikir kan balik,time dekat sekolah bila masa rehat,masa sukan tahunan,
mmm..... kalau nak d ceritakan lahh mmg xabiz la jawabnya,,hehehee,,,tapi  dalam banyak kenangan,kenangan di sekolah memang takkan dapat di lupakan sampai bila2,,,

ha kalau nak di ceritakan pasal kena marah ,kena rotan,boleh dikatakan ada la jugak hehehehe,,,dulu masa d sekolah aku tak paham apa itu erti marah dari seorang guru,malah bagi aku marah seorang guru itu sama seperti insan lain,,,rupa rupanya bila aku makin dewasa baru aku paham,,,apa itu marah yang di katakan marah tanda SAYANG....


rindu nya, tidak terkata,...so aku kongsi kan sajak ni untuk korang untuk akhir kata aku,,,tq sebab sudi baca :)


GURU

Dialah pemberi paling setia
tiap akar ilmu miliknya
pelita dan ilmu segalanya
untuk manusia sebelum menjadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
alur kesetiaan mengalirkan nasihat
pemimpin yang ditauliahkan segala umat
seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki tahta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca

Di mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah di hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
semakin terpencil duduknya di ceruk desa
semakin bererti tugasnya kepada negara

Jalan apa pun pada akhir kehidupanmu
Guruku
budi yang di apungkan di dulang ilmu
panggilan keramat "CIKGU" kekal terpahat
menjadi kenangan ke akhir hayat.




No comments:

Post a Comment

Satay Sedap Kuantan

Hi semua Assalamualaikum.. Ramai yang bertanyakan dekat mana nak makan sedap dekat kuantan terutamanya penggemar satay / sate / satey kan ...